Sunday 5 June 2011

Jelaskan faktor-faktor serta cara penentangan Quraisy Makkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W. dan huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu

A. PENGENALAN

Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi mereka yang taat kepada perintah Allah.

Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam. Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalah dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.


Pihak Quraisy mula menentang

1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.

2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy. Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama kecuali bagi orang bertaqwa.


3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang kerana dianggap mencela agama berhala.

4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi pengorbanan terhadap berhala.

5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul.

Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.

1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap
sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.

2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.

3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang
dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.





4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan mereka.

5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah
diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.

6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif

7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab

KESIMPULAN
Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

2 comments:

  1. Terima kasih dengan nota-nota yang dibekalkan.Semoga berjaya juga dalam STPM 2011.-Arthur Pui

    ReplyDelete