Sunday 5 June 2011

BINCANGKAN DASAR, INSTITUSI DAN KURIKULUM YANG WUJUD DI ALAM MELAYU SEBELUM KURUN KE-18 MASIHI.

Ulasan soalan
Calon perlu membincangkan ketiga-tiga aspek iaitu dasar, institusi dan kurikulum pendidikan Alam Melayu sebelum kurun ke-18.

Pengenalan

-Pendidikan merupakan kegiatan yang biasanya dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani untuk melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

-Bagaimanapun dasar, institusi dan kurikulum yang dimiliki dan diamalkan oleh sesuatu bangsa adalah berbeza mengikut kehendak masing-masing.


Isi

Dasar pendidikan Melayu

-Sebelum kedatangan Islam, dasar pendidikan adalah bertujuan untuk mengagungkan golongan pemerintah dan bangsawan. Hal ini menyebabkan pendidikan pada masa itu dimonopoli oleh golongan bangsawan dan istana.

-Pendidikan pada zaman itu juga bertujuan mengajar bahasa Sanskrit yang menjadi prasyarat untuk memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

-Matlamat pendidikan pada ini juga bermatlamat melahirkan lebih ramai golongan pendeta agama Buddha. I-Tsing menyebut bahawa Srivijaya merupakan pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Alam Melayu pada kurun ke-6 Masihi. Beliau menyatakan bahawa lebih daripada 1000 penuntut yang belajar pelbagai ilmu yang berkaitan agama Buddha.

-Selepas kedatangan agama Islam, dasar pendidikan lebih menjurus kepada soal-soal akidah dan pembentukan akhlak. Dasar pendidikan Melayu bukan berbentuk secular.

Institusi pendidikan Melayu

-Istana memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan. Ibn Batuttah mencatatkan bahawa istana raja Pasai telah dijadikan tempat perjumpaan ulama yang berbincang berkenaan hal ehwal agama. Istana Melaka pula berperanan sebagai institusi pendidikan kerabat diraja, perpustakaan dan menterjemah kitab-kitab asing.

-Masjid merupakan institusi formal. Guru-guru terdiri daripada ulama asing dan tempatan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

-Rumah-rumah guru juga turut memainkan peranan penting dalam kemajuan pendidikan Melayu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rumah Maulana Yusuf menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran pengetahuan agama Islam.

-Sekolah pondok yang dikenali dengan pelbagai nama merupakan institusi menengah dan tinggi di Alam Melayu. Di Acheh, institusi ini dikenali sebagai dayah, Minangkabau (surau), Jawa (pesantren) dan Sulawesi (pengajian).

-Institusi pendidikan tertinggi dikenali sebagai universiti disebut sebagai Bait Al-Rahman di Acheh. Pelajar yang tamat di universiti ini akan melanjutkan pelajaran di Makkah.


Kurikulum pendidikan Melayu

-Pada zaman Hindu-Buddha, kitab-kitab agama banyak digunakan dalam pendidikan.

-Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu melalui pendidikan tidak formal, biasanya kanak-kanak diajar mengajar membaca muqaddam, al-Quran dan tajwid serta ibadat-ibadat lain. Pada waktu malam, orang-orang dewasa akan belajar feqah, usuluddin, tafsir dan hadis.

-Di madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan formal yang merangkumi pengajian al-Quran, tajwid, fiqah dan sebagainya. Selepas melepasi peringkat asas, pelajar didedahkan pula dengan ilmu tatabahasa Arab, falsafah, hadis dan tasauf.

-Mata pelajaran yang diajar di jamiah Bait al-Rahman di Acheh ialah pertanian, pentadbiran, peperangan, matematik ekonomi, undang-undang, pertukangan dan perubatan.

Kesimpulan

-Pengaruh agama adalah penting dalam pendidikan di Alam Melayu. dasar, institusi dan kurikulum pendidikan sebelum dan selepas kedatangan agama Islam adalah berbeza.

No comments:

Post a Comment