Friday 24 June 2011

Tuesday 7 June 2011

SISTEM EKONOMI DI MYANMAR DAN VIETNAM SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT ADALAH BERSIFAT SARA DIRI. BINCANGKAN

A. PENGENALAN

Sebelum campur tangan Barat, kedua-dua buah negara menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan komersil. Kedua-dua negara, Burma (Myanmar) dan Vietnam dijajah oleh kuasa Barat yang berbeza, Myanmar oleh British; manakala Vietnam oleh Perancis. Penguasaan British di Myanmar berperingkat-peringkat; pada tahun 1826-1886. Perancis pula melancarkan serangan pada tahun 1826¬-1886 ke atas Vietnam. Seterusnya menduduki 3 wilayah di Cochin-China selepas perjanjian dengan Maharaja Tu Duc pada 5 Jun 1862.

B. ISI

Myanmar:

1. Ekonomi Myanmar bergantung kepada tanah dan perdagangan.Myanmar menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri seperti padi, minyak, sayur, sekoi, garam, periuk belanga dan alat senjata. Tanaman di Hulu Myanmar seperti sekoi, kapas, dan kacang. Pertanian ini berbentuk sara diri. Petani di kawasan hulu menjalankan tanaman campur.

Kawasan Delta Irrawady menjadi pusat tanaman padi. Walaupun begitu, tanaman padi berkurangan kerana kawasan ini seringkali berlaku perang. Pada pertengahan kurun ke-19, Raja Myanmar melarang mengeksport padi kerana Myanmar menghadapi kekurangan beras. Padi ini dikehendaki untuk bekalan kawasan Hulu Myanmar. Selain itu, kawasan delta in] juga menghasilkan ikan dan garam.

3. Jalan perhubungan pula melalui sungai, laut, dan jalan darat. Jalan darat menggunakan kereta lembu. Sungai Irrawady menjadi nadi utama penghubungan Hilir Myanmar dengan Hulu Myanmar. Ketika musim hujan, paras air sungai tinggi; ramai pedagang mengambil kesempatan membawa barang dagangan dengan sampan dari kehulu Myanmar. Di antara barangan yang dibawa ialah ikan kering garam,sambal ikan dan beras. Ketika pulang ke hilir, mereka membawa pulang hasil kawasan hulu; di antaranya minyak masak, kapas, gula dan petroleum mentah untuk dijual.

4. Barangan dagangan dari Shan pula dibawa dengan kereta lembu atau kuda. Baranb barang tersebut ialah guia, plumbum, kacang tanah, lembu, dan ikan. Barangan ini ditukarkan dengan ikan kering, garam, sambal ikan, dan pinang. Seterusnya di kawasan utara berhampiran Bhoma; barangan China dibawa masuk. Antara barangan tersebut ialah sutera, kertas, teh, kacang kering dan berbagai buah-buahan.

5. Raja mempunyai monopoli ke atas perniagaan kayu jati, batu permata, petroleum _ dan kapas. Mengikut satu laporan, Raja Bodawpaya hanya mengambil monopoli ke atas batu permata, jenis delima yang besar sahaja.

6. Ceti memberi pinjaman wang kepada petani yang memerlukan. Kadar faedah yang dikenakan di antara 3-10 peratus sebulan. Walaupun begitu, pada awal kurun ke-19, jarang berlaku petani kehilangan tanah yang disandarkan.








7. Ketika pemerintahan Raja Mintayagyi (Bodowpaya 1782-1819) menggunakan undang-undang dalam perniagaan awam. Raja Mindon Min (1853-1878), mengenakan cukai keluarga dan cukai pertanian. Cukai keluarga (atau thathameda) ini hitung panjangnya 3 tikal seisi rumah. Namun begitu, pengecualian diberikan kepada seorang yang telah menjalankan kerja raja. Cukai pertanian pula dikenakan ke atas beras, kerbau yang membajak, tembakau, pinang, ikan dan garam. Raja Mindon masih mengekalkan monopoli raja seperti kayu balak, plumbum, kapas, kayu delima dan petroleum.

8. Raja Mindon juga menggalakkan pembinaan kilang dan mengusahakan perlombongan. Kilang papan, kapas, percetakan, dan pembinaan kapal yang diusahakan gagal. Manakala perlombongan seperti arang batu dan besi diteruskan. Duit syiling yang diperkenalkan oleh Raja Mindon juga gagal. Raja Mindon digantikan oleh Raja Thibaw (1878-1885).


Vietnam:

1. Sebelum campur tangan barat, ekonomi Vietnam bergantung kepada pertanian dan sedikit perdagangan tanaman utama padi. Selain itu, Vietnam juga mengusahakan tanaman ubi keledek, jagung, kacang dan buah-buahan.
2. Dalam mengusahakan pertanian, Vietnam menggunakan sistem tali air. Melalui tali air ini, mereka boleh mengalirkan kawasan tanah kering dan seterusnya boleh mengusahakan pertanian. Di Vietnam Utara mereka mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.
3. Penguasaan padi di Delta Mekong berbeza dengan Vietnam Utara. Sistem tali airnya tidak sebaik Vietnam Utara. Oleh itu, mereka bergantung kepada musim hujan. Selain itu, sistem kawal banjir juga lebih rendah mutunya berbanding dengan Vietnam Utara. Oleh sebab itu, petani menjalankan tanaman padi setahun sekali di Delta Mekong.
Petani yang menyewa tanah untuk menjalankan pertanian, lazimnya ditindas oleh tuan tanah. Hasil tanaman tiap-tiap kampung kebanyakkannya hanya secukup makan. Dalam pada itu ada juga yang menjalankan perusalzaan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.
5. Masyarakat Vietnam menjalankan kegiatan menangl
Kegiatan ekonomi komersil pula tertumpu kepada kegiatan perlombongan dan perdagangan yang dimonopoli oleh pemerintah seperti emas, perak dan batu zamrud.
7. Pedagang-pedagang Cina juga bermainat berdagang dengan Vietnam untuk mendapatkan perak. Pertukaran barangan berlaku antara penduduk di kawasan dataran rendah dengan dataran tinggi seperti kayu, buluh untuk ditukarkan dengan ikan kering, garam, dan lime.



C. Kesimpulan
• Kedua-dua negara, Myanmar dan Vietnam menjalankan pertanian dan kegiatan perniagaan sebelum kedatangan kuasa Barat.

Monday 6 June 2011

Bincangkan bentuk dan sistem feudal yang diamalkan di Vietnam sebelum kedatangan barat.

Sebelum kedatangan kuasa barat, kerajaan yang memerintah negara-negara di rantau asia tenggara, asia timur dan asia selatan, merupakan kerajaan yang mengamalkan struktur masyarakat berdasarkan sistem feudal. Feudalisme bermaksud satu bentuk susun lapis masyarakat mengikut hierarki dan merupakan cara hidup yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Sistem feudal ini juga merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang diperintah oleh individu tertentu iaitu seorang raja atau maharaja yang mempunyai kuasa tertinggi dan dianggap menguasai dan memiliki tanah dan bukan kerajaan pusat. Struktur sistem feudal pula adalah berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan memerintah dan golongan diperintah. Bagi Negara Vietnam, golongan yang memerintah terdiri daripada Maharaja dan Quan/Mandarin, manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat jelata iaitu petani dan hamba.


Sebelum kedatangan barat, masyarakat Vietnam berpegang kepada kehidupan secara tradisi. Sistem feudalnya lebih dipengaruhi oleh Negara China. Konsep politik Negara China yang mengamalkan ‘mandat dari syurga’ telah diterapkan dalam institusi kemaharajaan Vietnam. Setiap maharaja Vietnam akan ditabalkn oleh wakil dari Maharaja China sebelum baginda ditabal sebagai maharaja yang sah dan berwibawa. Hal ini dapat dilihat apabila Nguyen Anh mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja Vietnam dengan gelaran Maharaja Gia Long (1802-1819). Baginda telah menghantar satu misi diplomatik ke Beijing untuk meminta China melaksanakan upacara pertabalan Maharaja Gia Long mengikut adat istiadat yang diamalkan sejak abad ke-15 lagi.


Masyarakat Vietnam di bawah pemerintahan Maharaja Gia Long dan maharaja-maharaja selepasnya adalah bercorak birokratik yang berasaskan kepada hierarki mandarin. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah pentadbiran iaitu Annam, Tongking, dan Cochin-China. Wilayah Annam merupakan ibu negeri dan diletakkan di bawah pentadbiran maharaja. Sementara wilayah Tongking dan Cochin-China ditadbir di bawah kuasa wizurai. Ketiga-tiga wilayah ini pula dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil iaitu provinci, phu, huyen, tong dan komun(xa). Setiap bahagian ini ditadbir oleh seorang pembesar. Sistem yang diamalkan ini menyebabkan pembesar dapat mengukuhkan kuasa masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa maharaja adalah mutlak. Dalam sistem feudal di Vietnam, maharaja berada di hierarki sosial masyarakat yang teratas. Sistem feudal ini terdiri daripada maharaja, golongan cendekiawan (quan atau mandarin), petani dan hamba.


Maharaja-maharaja yang memerintah Negara Vietnam dikatakan mempunyai kuasa yang mutlak dalam pemerintahan pusat, pemilikan tanah dan harta. Maharaja dianggap sebagai ‘Anak dari Syurga’ yang mendapat mandat dari Tuhan untuk memerintah. Kesejahteraan rakyat dan Negara bergantung kepada kebijaksanaan maharaja dan apabila maharaja mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya, maka tindakan tersebut akan membawa malapetaka kepada negaranya. Oleh yang demikian, jika seseorang maharaja tidak bersikap adil dalam pemerintahannya, mandat yang diterima dari ‘alam kudus’ itu akan hilang dan negara yang diperintahnya akan mendapat kecelakaan. Selain itu, maharaja juga hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang bencana alam yang berlaku semasa pemerintahannya. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Maharaja Minh Mang (1820–1841), apabila baginda telah membatalkan jamuan istana setelah mendengar berita berlakunya benteng pecah di wilayah Vietnam.


Golongan yang berada di lapisan kedua dalam hierarki sosial Vietnam ialah golongan quan atau mandarin. Golongan ini mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka membantu maharaja dalam pemerintahan dengan melaksanakan tugas-tugas maharaja. Mereka juga mendapat sokongan dan sanjungan serta penghormatan daripada rakyat jelata. Mereka dianggap sebagai penjamin dan penegak keadilan. Mereka juga merupakan pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman. Quan awan merupakan quan yang penting dan bertaraf tinggi berbanding dengan quan-quan yang lain termasuklah quan tentera. Ketua-ketua quan terdiri daripada kalangan mereka yang mendapat pendidikan Confucius. Dalam masyarakat Vietnam, rakyat biasa yang pintar serta mendapat pendidikan Confucius yang tinggi akan berpeluang untuk menjadi pegawai-pegawai tinggi awam. Mereka diberi peluang mengambil peperiksaan perkhidmatan awam Confucius dan maharaja berhak melantik mereka sebagai pegawai tinggi awam. Hal ini membuktikan bahawa wujudnya mobiliti sosial dalam masyarakat Vietnam.


Golongan pembesar yang paling rendah pangkatnya ialah pembesar yang berkuasa di peringkat komun (kampung). Pembesar ini dipilih dalam kalangan masyarakat kampung yang merupakan orang tua yang bijak dan berpengalaman serta mendapat kelulusan dari pihak istana. Mereka bertanggungjawab menjalankan perintah istana, mendamaikan perselisihan yang wujud dengan cara rundingan dan bertolak ansur serta bertanggungjawab mengutip cukai.



Lapisan ketiga dalam hierarki sosial masyarakat Vietnam adalah golongan petani. Sepertimana di Myanmar, golongan ini turut menjalankan aktiviti sara diri terutamanya menanam padi di sawah. Mereka telah dapat membantu meningkatkan kemajuan ekonomi Vietnam. Seorang petani dimestikan membayar cukai dan terpaksa menyumbang tenaga di antara 20 hingga 60 hari dalam tempoh setahun dalam urusan-urusan kerajaan seperti membina empangan dan tali air. Sewaktu pemerintahan Maharaja Minh Mang, baginda telah menetapkan semua pegawai-pegawai dibayar gaji tetap dalam bentuk wang dan beras. Hal ini dilakukan supaya tidak berlaku unsur-unsur rasuah atau penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.



Golongan hamba pula merupakan golongan yang berada di lapisan paling bawah dalam hierarki sosial Vietnam. Golongan ini terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan jenayah. Mereka akan dihantar ke kem-kem tentera di sempadan dan membuka tanah baru untuk dikerjakan. Setelah hukuman sebagai hamba tamat, mereka boleh menjadi petani di tanah yang diusahakan oleh mereka.


Kesimpulannya, sistem feudal di Vietnam lebih dipengaruhi oleh Negara China yang mengamalkan ‘mandat dari syurga’. Sejak sekian lama negara ini telah melaksanakan dan menerima sistem feudal sebagai sistem sosial mereka. Golongan pembesar mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun meletakkkan maharaja sebagai kuasa tertinggi.

Jelaskan peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah.

Keluarga Barmak adalah berbangsa Parsi dan berasal dari Khurasan. Perkataan ‘Barmak’ berasal daripada nama datuk mereka, iaitu penjaga rumah berhala Majusi di Balk. Khalid bin Barmak memeluk Islam selepas Qutaibah bin Muslim menakluki Khurasan pada tahun 85 Hijrah. Keluarga Barmak mengekalkan pengaruh dan kuasa mereka di Khurasan semenjak Qutaibah memimpin pasukan tentera di Khurasan.


Antara peranan yang dimainkan oleh keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah ialah menghapuskan pengaruh puak-puak Syiah. Khalid bin Barmak telah dilantik sebagai Ketua Jabatan al-Kharaj dan Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan oleh Khalifah al-Saffah (132-136H). Beliau merupakan orang Barmak dan berkhidmat sehingga Al-Saffah meninggal dunia. Khalid telah dilantik sebagai menteri (wazir) apabila Abu Salamah al-Khalali terbunuh kerana kecemerlangan dan kelebihannya dalam menjalankan tugas.


Khalid telah dilantik sebagai menteri ketika pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur (136-158H). Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Gabenor di Al-Ray (Tehran dan kawasan sekitarnya) kerana menteri-menteri lain berasa cemburu dan hasad dengki dengan beliau. Di samping itu, Khalid dan anaknya Yahya, juga telah berjaya mematahkan pemberontakan di Mausil, manakala anaknya dilantik sebagai gabenor di Azarbaijan.


Yahya bin Khalid telah dilantik sebagai wazir oleh Khalifah al-Mahdi (158-169H) dan menyerahkan anaknya Harun al-Rasyid untuk dipelihara. Yahya telah membesarkan Harun bersama anak-anaknya, malah ada riwayat mengatakan isteri Yahya telah menjadi ibu susuan Harun. Ketika al-Hadi (saudara Harun) ingin menyingkirkan Harun daripada jawatan Putera Mahkota, Yahya telah berperanan memberikan hak kepada Harun al-Rasyid sebagai khalifah.


Keluarga Barmaki juga telah melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah. Ini jelas dilihat semasa Harun al-Rasyid menjadi khalifah. Yahya bin Khalid telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan pengurus Baitulmal. Bukan beliau sahaja, malah anak-anak beliau juga telah dilantik sebagai pegawai tinggi kerajaan kerana sifat Yahya yang bijak dan pintar. Al-Fadhl dan Jaafar (anak-anak Yahya) telah dilantik sebagai wazir selepas Yahya bersara.


Keluarga Barmaki juga memainkan peranan penting dalam pendidikan. Contohnya, Harun al-Rasyid telah dididik oleh Yahya bin Khalid semenjak kecil hingga menjadi khalifah. Yahya juga telah membangunkan Darul Hikmah.


Keluarga Barmaki juga telah mengukuhkan kewangan di Baitulmal. Khalid bin Barmak telah dilantik sebagai Ketua Jabatan al-Kharaj. Beliau telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dan pendapatan Negara melalui pungutan cukai di daerah dan hasil kerajaan yang lain. Semasa Al-Fadhl menjadi gabenor di Khurasan, beliau telah memajukan infrastruktur Negara dengan membina masjid, rumah-rumah kebajikan dan jalan-jalan raya.


Kesimpulannya, jelaslah bahawa Keluarga Barmaki telah memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. Mereka telah memainkan peranan dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, ketenteraan, pendidikan, dan kewangan negara.

Sunday 5 June 2011

BANDINGKAN DASAR PEMERINTAHAN KHULAFA AR – RASHIDIN DENGAN PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH.

A. PENGENALAN

1. LATARBELAKANG KHULAFA AR – RASHIDIN.
Terdiri daripada empat orang Khalifah selepas kewafatan Rasulullah iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

2. LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI UMAIYYAH.
Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan pada tahun 41 Hijrah. Nama Umaiyyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umaiyyah bin Abd. Manaf. Kerajaan Umaiyyah memerintah selama 91 tahun oleh dua keturunan, iaitu keturunan Harb Bin Umaiyyah dan keturunan Abu al – As.

1. PERLANTIKAN KHALIFAH

a. Khulafa Ar – Rashidin.
Adalah hak untuk semua kaum muslimin. Jawatan tidak diwarisi sebaliknya dilantik dan mendapat persetujuan masyarakat Islam. Khalifah Umar dilantik melalui wasiat Abu Bakar dan Khalifah Uthman dilantik melalui penubuhan Majlis Syura.

b. Bani Umaiyyah.
Diwarisi secara keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umaiyyah. Khalifah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara. Contohnya Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai penggantinya dan Abdul Malik melantik al – Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang putera mahkota menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.

2. DASAR PEMERINTAHAN.

a. Khulafa Ar – Rashidin.
Al – Quraan dan sunnah menjadi asas corak pemerintahan Khalifah mengutamakan kebajikan dan keadilan semua rakyat. Majlis Syura memainkan peranan penting dalam melaksanakan pentadbiran negara.

b. Bani Umaiyyah.
Mengamalkan pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan serta kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga Bani Umaiyyah. Kelemahan Khalifah menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalah gunakan kuasa, mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah.

3. POLISI TERHADAP RAKYAT.

a. Khulafa Ar – Rashidin.
Semua rakyat dipandang sama tanpa mengira kaum dan kedudukan. Bagi mereka mendapat layanan yang sama dari segi keadilan, sosial dan ekonomi. Bagi mengelakkan berlaku penindasan ke atas penduduk di wilayah seperti Iraq dan Mesir, Umar menyusun semula dasar pemilikan tanah. Orang bukan Islam yang mendapat perlindungan politik pemerintah Islam dikenakan cukai jizyah yang tidak membebankan.

b. Zaman Bani Umaiyyah.
Kebanyakkan Khalifah menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang bukan Arab terutamanya Bani Umaiyyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting dan masih dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan bani Abbasiyyah mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

4. POLISI PROTOKOL KHALIFAH.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.
Khalifah tidak mempunyai hak istimewa dari sudut undang – undang. Hubungan khalifah dengan rakyat terjalin dengan baik. Rakyat boleh bertemu dengan khalifah dan mengadu tentang masalah mereka dan penyelewengan pegawai – pegawai.

b. Zaman Bani Umaiyyah.
Pentadbiran Kerajaan bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom, Khalifah mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan pemerintah dan keluarganya.

5. PERLANTIKAN DAN/ ATAU KEDUDUKAN PEGAWAI KERAJAAN.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.
Pegawai kerajaan seperti gabenor dan panglima tentera dilantik daripada mereka yang berkelayakan dan berkebolehan tanpa mengira kaum dan kedudukan. Di zaman Khalifah Umar baginda telah memeriksa semua harta benda kakitangan kerajaan sebelum dan setelah dilantik bagi mengelakkan penyelewengan dan rasuah. Rakyat boleh mengadu tentang penyelewengan pegawai kerajaan.

b. Zaman Bani Umaiyyah.
Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan golongan yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum bunuh. Contohnya panglima Muhammad Ibnu Qassim dibunuh oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

6. DASAR PERLUASAN KUASA.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.
Dasar perluasan kuasa wilayah di zaman ini adalah bertujuan untuk melemahkan kedudukan politik Rom dan Parsi yang menjajah dan menceroboh wilayah tanah Arab. Contohnya perluasan kuasa Khalifah Umar ke atas Mesir ialah untuk menamatkan kekuasaan Rom yang kejam dan membebaskan rakyat tempatan (Qibti). Kedatangan tentera Islam mendapat sokongan rakyat tempatan.

b. Zaman Kerajaan bani Umaiyyah.
Dasar perluasan wilayah di zaman bani Umaiyyah terutama di zaman Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan al – Walid merupakan usaha untuk bersaing menunjukkan kehandalan dan kekayaan mereka. Contohnya Abdul Malik bin Marwan melancarkan gerakan tentera ke Kabul pada tahun 691H kerana Raja Kabul enggan membayar ufti tahunan. Dasar perluasan wilayah di zaman Bani Umaiyyah diperluaskan hingga ke sempadan China, India dan Sepanyol.

7. TINDAKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANG KHALIFAH.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.
Bagi menghadapi golongan ar – Riddah, iaitu golongan yang tidak mahu membayar zakat dan kemunculan nabi palsu, khalifah ar – Rashidin menghantar utusan memberi penerangan dan meminta mereka kembali kepada ajaran Islam. Tindakan ketenteraan diambil setelah golongan ini masih enggan menghentikan gerakan mereka. Abu Bakar dan khalifah yang lain memberikan layanan yang baik dan sama rata kepada golongan yang telah bertaubat dan kembali semula kepada ajaran Islam.

b. Zaman Bani Umaiyyah.
Khalifah Bani Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umaiyyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah. Peristiwa Karbala telah memperlihatkan kekejaman Yazid yang membawa kepada pembunuhan Saidina Hussien. Penindasan dilakukan secara berterusan keatas golongan Khawarij dan Syiah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja yang berusaha untuk mengadakan perundingan dengan pihak musuh.

8. PERSAMAAN DASAR PEMERINTAHAN.
Persamaan dasar pemerintahan antara Khulafa Ar – Rashidin dan Khalifah bani Umaiyyah seperti berlandaskan dasar pemerintahan Umar Abd. Aziz. Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan Khalifah dari kerajaan Bani Umaiyyah yang berusaha menjalankan pemerintahan berlandaskan Islam. Ini menyebabkan beliau dikenali oleh ahli sejarah sebagai Khulafa Ar – Rashidin yang ke lima.

9. KEDUDUKAN KHALIFAH SEBAGAI KETUA AGAMA.
Khulafa Ar –Rashidin mempunyai autoriti bidang keagamaan. Di zaman Bani Umaiyyah autoriti itu telah terhakis.

C. KESIMPULAN
-apa - apa yang berkaitan

Jelaskan faktor-faktor serta cara penentangan Quraisy Makkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W. dan huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu

A. PENGENALAN

Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi mereka yang taat kepada perintah Allah.

Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam. Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalah dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.


Pihak Quraisy mula menentang

1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.

2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy. Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama kecuali bagi orang bertaqwa.


3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang kerana dianggap mencela agama berhala.

4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi pengorbanan terhadap berhala.

5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul.

Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.

1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap
sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.

2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.

3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang
dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.





4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan mereka.

5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah
diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.

6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif

7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab

KESIMPULAN
Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

SEJAUHMANAKAH KEKUATAN KETENTERAAN PENTING DALAM PENGUKUHAN KUASA EMPAYAR TAMADUN-TAMADUN AWAL.

Pendahuluan :
• Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit .
• Konsep ketahanan dan pertahanan.
Isi-isi :
Kekuatan ketenteraan melalui teknologi :
• Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar.
Jenis Tentera
• Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).
Komposisi Tentera
• Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orangtentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.
Selain faktor ketenteraan, ada faktor-faktor lain dalam pengukuhan kuasa empayar tamadun-tamadun awal.
Perluasan wilayah :
• Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa. Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar. Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.
Sistem birokrasi yang teratur :
• Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.
Keseragaman budaya :
• Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya, Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch.
Kehegemonian sosial dan ekonomi :
• Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah
• menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.
Kewibawaan pemimpin :
• Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan kesusasteraan.
Penyebaran agama :
• Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.
Kemajuan komunikasi :
• Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja.
Kesimpulan :
Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan mengikut perspektif sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Pendahuluan
Konsep Ketahanan dan Pertahanan Secara Umum
Ketahanan
1. Ketabahan, kecekalan dan kesabaran.
2. Orang tahan ialah orang yang tabah, penyabar dan cekal menghadapi sebarang ancaman musuh.
3. Merangkumi 2 asas utama iaitu rohani dan fizikal.
4. Rohani (agama dan moral) dan fizikal (pembinaan jasmani dan ketenteraan)
5. Asas pembinaan ketahanan ialah ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul.
6. Ketahanan fizikal dan spiritual mesti seimbang dan sepadu.
7. Ketahanan diri, masyarakat dan negara adalah persediaan yang wajar dan perlu diambil perhatian yang serius untuk melaksanakan tahap kedua.Contoh, pertahanan.
Pertahanan
1. Mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada musuh.
2. Membela golongan lemah dan teraniaya serta dizalimi.
3. Mempertahankan hak dan tanggungjawab terhadap diri, agama dan negara (wajib dan memerlukan pengorbanan yang besar seperti harta, masa,nyawa)
4. Setiap tindak-tanduk bagi mempertahankan sesuatu perlu diawasi dan dikawal agar kesilapan tidak berlaku.
5. Melalui proses ketahanan dan pertahanan ini telah mendedahkan masyarakat kepada bidang ketenteraan.
Isi – isi Penting
1. Konsep Ketahanan
Islam:
• Terletak pada akidah dan kepercayaan kepada Allah - sehingga berjaya menyebarkan Islam.
• Kerohanian – ilmu pengetahuan dan penghayatan yang mendalam.
• Fizikal – (ketenteraan) kelengkapan perang dan persiapan alat senjata.
Arab Jahiliyah:
• Semangat asabiyah – kebanggaan bagi kabilah yang menang.
• Jumlah dan bilangan ahli kabilah – semakin ramai semakin besar sesuatu kabilah dari segi pengaruh dan kuasa.
• Fizikal – kelengkapan perang dan persiapan peralatan senjata.
2. Konsep Pertahanan
• Secara umum, pertahanan ialah langkah kedua yang berbentuk amali untuk melaksanakan dasar ketahanan masing-masing.
Islam:
Tujuan : Menegakkan kalimah Allah (akidah dan syariah)
• Memelihara maslahat dan kepentingan umat (agama, jiwa, akal, keturunan, harta).
• Menangkis kemudaratan bagi menjamin ketenteraman.
• Menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman dan penindasan.
Arab Jahiliyah:
Tujuan : Mendapatkan kemegahan dan nama bagi kabilah
• Mendapat keuntungan daripada harta rampasan perang.
• Mengelakkan kabilah daripada dihina apabila kalah.
3. Organisasi Tentera
Islam:
• Permulaan : Jumlah tentera kecil, contoh Perang Badar(313 orang) tetapi semakin meningkat dari semasa ke semasa, contoh pada zaman Abbasiyah (300,000 orang).
• Zaman Nabi Muhammad s.a.w. , Baginda sendiri mengetuai peperangan
• Kemudian, Khalifah sebagai pemimpin tentera dan gabenor-gabenor sebagai panglima tentera.
• Tentera tamadun Islam adalah tersusun dan sistematik.
• Fungsi tentera berbeza-beza – pemanah, peninjau, perunding dan pembawa bendera.
• Zaman Abbasiyah – tentera dibahagikan kepada 6 bahagian – berkuda, berjalan kaki, kumpulan pemanah, tentera bola api, penembak dan pembawa senjata.
• Konsep jihad – pengorbanan seorang Islam menegakkan kalimah Allah.
Arab Jahiliyah:
Badwi
• Organisasi tidak teratur, menyerang dan lari.
Hadari
• Teratur, dipengaruhi oleh Rom dan Parsi.
• Dibahagikan kepada 5 kumpulan (al-Khamis) – depan, tengah, belakang, kiri dan kanan.
• Syeikh berada di tengah untuk menjaga keselamatannya.
• Kota pertahanan ialah di Ghundum dan Hadramaut.
• Benteng pertahanan – kota Petra, al-Khawarnaq.
• Tentera infantri ramai, tentera berkuda sedikit.
• Kaum wanita dan kanak-kanak dibawa ke medan perang.
• Pakar bedah – pisau panas untuk memotong bahagian cedera.
• Pemain alat bunyian gendang dan serunai untuk membangkitkan semangat.
4. Etika Perang
Islam:
• Perang utamakan perdamaian, dengan tawaran memeluk Islam atau membayar jizyah
• Larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan ahli ibadat.
• Larangan merosakkan harta benda, tanaman dan binatang.
• Berdamai apabila musuh meminta berdamai.
Arab Jahiliyah:
• Tidak beretika.
• Wanita akan ditawan dan dijadikan gundik atau hamba yang boleh didagangkan.
• Mereka hanya boleh ditebus melalui wang tebusan atau peperangan.
• Syeikh diberi keutamaan untuk memilih barang rampasan peran.
Kesimpulan
• Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar persepsi bangsa Arab terhadap ketahanan dan pertahanan.
• Bagi orang Arab Jahiliyah ketahanan dan pertahanan hanyalah untuk matlamat duniawi semata-mata dan hasil rasukan jiwa yang keji.
• Islam meletakkan ketahanan dan pertahanan sebagai wasilah untuk memelihara agama, membela ummah dan menegakkan agama Islam.

HURAIKAN GOLONGAN MASYARAKAT YANG TERDAPAT PADA ZAMAN BANI UMAYYAH.

Pendahuluan
1. Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah
2. bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf.
3. -perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
4. Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.
Isi :
Golongan pemerintah :
1. Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan
2. Sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah.
3. -sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.
Golongan Mawali :
Hamba yang telah memeluk Islam.dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran(Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia)hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.
Golongan Zimmi :
Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.


Golongan Hamba :
Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.
Golongan Azariqah :
Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.
Golongan Najdiyah :
Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.
Kaum Syiah :
Ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.
Kesimpulan.
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

BINCANGKAN DASAR, INSTITUSI DAN KURIKULUM YANG WUJUD DI ALAM MELAYU SEBELUM KURUN KE-18 MASIHI.

Ulasan soalan
Calon perlu membincangkan ketiga-tiga aspek iaitu dasar, institusi dan kurikulum pendidikan Alam Melayu sebelum kurun ke-18.

Pengenalan

-Pendidikan merupakan kegiatan yang biasanya dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani untuk melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

-Bagaimanapun dasar, institusi dan kurikulum yang dimiliki dan diamalkan oleh sesuatu bangsa adalah berbeza mengikut kehendak masing-masing.


Isi

Dasar pendidikan Melayu

-Sebelum kedatangan Islam, dasar pendidikan adalah bertujuan untuk mengagungkan golongan pemerintah dan bangsawan. Hal ini menyebabkan pendidikan pada masa itu dimonopoli oleh golongan bangsawan dan istana.

-Pendidikan pada zaman itu juga bertujuan mengajar bahasa Sanskrit yang menjadi prasyarat untuk memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

-Matlamat pendidikan pada ini juga bermatlamat melahirkan lebih ramai golongan pendeta agama Buddha. I-Tsing menyebut bahawa Srivijaya merupakan pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Alam Melayu pada kurun ke-6 Masihi. Beliau menyatakan bahawa lebih daripada 1000 penuntut yang belajar pelbagai ilmu yang berkaitan agama Buddha.

-Selepas kedatangan agama Islam, dasar pendidikan lebih menjurus kepada soal-soal akidah dan pembentukan akhlak. Dasar pendidikan Melayu bukan berbentuk secular.

Institusi pendidikan Melayu

-Istana memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan. Ibn Batuttah mencatatkan bahawa istana raja Pasai telah dijadikan tempat perjumpaan ulama yang berbincang berkenaan hal ehwal agama. Istana Melaka pula berperanan sebagai institusi pendidikan kerabat diraja, perpustakaan dan menterjemah kitab-kitab asing.

-Masjid merupakan institusi formal. Guru-guru terdiri daripada ulama asing dan tempatan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

-Rumah-rumah guru juga turut memainkan peranan penting dalam kemajuan pendidikan Melayu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rumah Maulana Yusuf menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran pengetahuan agama Islam.

-Sekolah pondok yang dikenali dengan pelbagai nama merupakan institusi menengah dan tinggi di Alam Melayu. Di Acheh, institusi ini dikenali sebagai dayah, Minangkabau (surau), Jawa (pesantren) dan Sulawesi (pengajian).

-Institusi pendidikan tertinggi dikenali sebagai universiti disebut sebagai Bait Al-Rahman di Acheh. Pelajar yang tamat di universiti ini akan melanjutkan pelajaran di Makkah.


Kurikulum pendidikan Melayu

-Pada zaman Hindu-Buddha, kitab-kitab agama banyak digunakan dalam pendidikan.

-Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu melalui pendidikan tidak formal, biasanya kanak-kanak diajar mengajar membaca muqaddam, al-Quran dan tajwid serta ibadat-ibadat lain. Pada waktu malam, orang-orang dewasa akan belajar feqah, usuluddin, tafsir dan hadis.

-Di madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan formal yang merangkumi pengajian al-Quran, tajwid, fiqah dan sebagainya. Selepas melepasi peringkat asas, pelajar didedahkan pula dengan ilmu tatabahasa Arab, falsafah, hadis dan tasauf.

-Mata pelajaran yang diajar di jamiah Bait al-Rahman di Acheh ialah pertanian, pentadbiran, peperangan, matematik ekonomi, undang-undang, pertukangan dan perubatan.

Kesimpulan

-Pengaruh agama adalah penting dalam pendidikan di Alam Melayu. dasar, institusi dan kurikulum pendidikan sebelum dan selepas kedatangan agama Islam adalah berbeza.